Alhamdulillah, nampaknya kerja2 untuk majlis perjumpaan ni kira hampir selesailah. tempat dah comfirm dah. Mulanya cadang nak buat di dewan MML di bangunan belakang pejabat lo ni. Bangunan tu zaman kita dulu takdok lagi. Tapi tapaknya ialah kelas kita masa SPM dulu. Asalnya nak buat situ lah, Tapi selepas saya berhubung dengan Ust Wan Nuh (sepupu Rosman), penyelia asrama, dia cadangkan buat di dewan asrama. Dia kata semua complete. kerusi baru sampai, speaker siap, meja nok letak makanan beres ada dah, maka saya pun setuju selalu ah. jadi tempat kita bermajlis ialah di dewan asrama MML.
Bab makan beres doh. Jenal lawyer akan ejah. dia sponsor belako. dia kata dia dah biasa doh buat makan untuk 100 orang. dia dah ada belaka perkakas2 utk masak dsbnya. cumanya dia kata, sebelum pukul 11 dia mari bawak makanan pahtu dia nak puok2 kita hok mana ada masa tu tolonglah angkat dan hidang. saya rasa takdok masalah benda tu. beres.
Bab jemputan pulok kalu tokleh panggil belaka (+-110 orang)) pun 80 org lebih insya Allah saya usaha utk dapatkan no hp. setakat ni saya dah sms ramai doh alhamdulillah. 2 minggu lagi insyaAllah saya akan try call sorang2, terutamanya yg tak reply sms tu. Utk makluman, perjumpaan kita ni jugok akan dijoin oleh batch bawah kita setahun, batch azizi che seman. Badrul dah jemput +-30 orang.
Bab ust/cikgu pulok saya tgh usahakan skrg. tadi baru dpt no tel rumah Mudir dari Nik Lah. Ada lah lebih kurang 10-15 orang yg saya rasa saya boleh cari contact mereka.
Ok ... sambung semula
TUJUAN & RASIONAL
BLOG INI DIBUAT SEMPENA PROJEK GATHERING BATCH SPM 1988 & 1989 MML YANG TELAH SELAMAT DIADAKAN PADA 12 JUN 2010 DI DEWAN SEKOLAH MML. BLOG INI TIDAK LAGI AKTIF BUAT MASA SEKARANG KECUALI JIKA ADA CADANGAN UNTUK GATHERING KALI KEDUA. PADA MASA ITU INSHAALLAH SAYA AKAN AKTIFKAN SEMULA BLOG INI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment